Monday, May 20, 2013

Wanita dan Kehormatannya

Beberapa hari yang lepas, mak saya tetiba menimbulkan satu isu ini.

Mak: Kenapa ya sekarang ni mak tengok, perempuan sekarang ni macam terlalu mudah bergaul mesra dengan lelaki?

Saya: (Buat muka blur tak faham)

Mak: Yang mak tengok sekarang, yang makin menjadi-jadi bila dah jadi bini orang, laki orang. Bukanlah nak cakap kalau anak dara atau laki bujang tu baik pulak... memanglah tak elok kalau laki perempuan campur gaul mesra. Tapi kalau dia laki atau bini orang, lagilah tak elok!

Saya: (Mengangguk aje...)

Mak: Menjadi-jadi skandal zaman sekarang ni. Bila bekerja, ada masalah dalam rumahtangga, mula la cerita. Kalau kat kawan perempuan tu tak apalah jugak. Ini kalau nak share masalah pun dengan kawan lelaki. Suami orang pulak tu.

Saya: Mungkin sebab pengalaman kot...

Mak: Alasan aje tu. Mula-mula kongsi masalah, lepas tu rapat, mesra sampai boleh p date lagi. Pengalaman amendanya??! Tak malu ke? Tak takut ke?

Saya: (Diam lagi)

Mak: Nauzubillah... Cukuplah apa yang jadi dekat luar sana!

Saya: Apa yang jadi? Siapa yang ada skandal?

Mak: Ini haaa... mak baca kat dalam paper ni...

Saya: Laaa...

Kadang-kadang saya terfikir jugak pasal benda ni. Memang pernah nampak apa yang ditulis dalam akhbar. Memang pelik. Sudah tak tahu hukum kah? Sudah lupa tanggungjawab kah?

Wanita hanya perlu memenuhi 2 syarat untuk menjadi wanita Solehah iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami


Untuk syarat 1, rasanya semua tahu. Taat kepada Allah adalah melakukan apa yang disuruhNya dan meninggalkan segala laranganNya. Begitu juga kalau mahu taat kepada RasulNya.

Tapi, bagi syarat 2, Islam memerintahkan seorang isteri itu untuk menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya, antaranya mentaati suami. Isteri yang tidak taat pada suaminya bererti dia tidak menjaga hak suami dan perbuatannya itu boleh membawa kepada nusyuz.

Nusyuz bererti keluar dari ketaatan. Para ulama asy-Syafi‘eyah mentakrifkan nusyuz seorang isteri ialah keluar dari (melakukan) ketaatan yang wajib terhadap suaminya.

7 perkara yang menunjukkan nusyuz:


1. Keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya.

Apapun ianya dikecualikan jika isteri keluar berjumpa qadi untuk menuntut hak, mencari nafkah apabila suami tidak berkemampuan memberi nafkah kepadanya, meminta fatwa atau hukum jika sekiranya suaminya bukan seorang faqih dalam bidang agama.

Jika seorang isteri meminta izin untuk keluar rumah menziarahi kedua ibu bapanya atau ingin melihat jenazah ibu atau bapanya atau anaknya (yang tidak tinggal bersamanya), maka suami berhak untuk tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun dalam hal ini, adalah lebih utama jika suami mengizinkan isteri.

2. Enggan mengikut suami berpindah ke negeri lain tanpa ada keuzuran yang dibenarkan syarak, contohnya isteri sakit atau perjalanan menuju ke negeri tersebut tidak aman atau suami berpindah ke negeri yang ditimpa wabak.

3. Tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menegahnya daripada masuk ke dalam rumah atau bilik.

4. Tidak menyerahkan diri pada suami (ketika suami berhajat kepadanya) tanpa ada keuzuran seperti sakit. Setakat malas atau letih bukan alasan yang menasabah.

5. Tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan keperluannya.

6. Isteri mendakwa suaminya telah mentalaknya sedangkan dakwaan tersebut adalah palsu.

7. Isteri merahsiakan perhubungannya dengan lelaki lain, selalu chatting, telefon, dan hantar pesanan ringkas tanpa pengetahuan suami untuk berseronok-seronok dan menceritakan aib suaminya.

“Maka perempuan-perempuan yang solehah itu ialah yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana Allah telah menjaga (mereka) ”(Surah an-Nisa: 34)

“Hendaklah mereka (wanita yang beriman) menahan pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka mengenakan khumur dengan melabuhkan ke atas dadanya, dan janganlah dia menampakkan perhiasannya (aurat)... (kecuali kepada mahram mereka).” (Surah an-Nuur: 31)

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah radhiallahu ‘anha yang bermaksud : “Setiap perempuan yang mati dalam keadaan suaminya redha kepadanya, maka perempuan itu akan masuk syurga.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi )

Rasanya semua orang tahu, Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan; perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita yang solehah.

Sekian.

Rujukan:
http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/3605-ciri-ciri-wanita-solehah.html

http://nor89.blogspot.com/2012/02/jauhi-tujuh-perkara-boleh-menjadi.html

p/s: Mengambil ikhtibar... nauzubillah... jauhkan segala perkara yang buruk dari diri ini. Aminnnn~



Thursday, May 16, 2013

Terima Kasih Cikgu



selamat hari guru buat:
cikgu tabika kemas sungai sumun 1992
cikgu2 sek. keb. sg haji muhammad 1993
cikgu2 sek. keb. khir johari sungai sumun 1994-1998
ustaz2 sek. agama rakyat ikhlahiah sungai sumun 1993-1998
cikgu2 sek. men. keb. khir johari sungsi sumun 1999-2003
pensyarah2 kolej matrikulasi perak 2004-2005
pensyarah2 universiti putra malaysia 2005-2008

oh, tak lupa juga kepada:
mak dan abah yang mendidik dari kecil sampai besar
kawan2 dan sahabat handai
kehidupan yang penuh rasa pahit, manis, masam, masin, payau, kelat...

TERIMA KASIH ATAS SEGALA ILMU YANG DICURAHKAN!!!





p/s: tetiba rasa nak jadi cikgu lak... hahaha


Sunday, May 12, 2013

Perihal Jodoh


Renungkanlah Sedalam-dalamnya. ..

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah..

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya..

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. 

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? 

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.



Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..." 



p/s: sedang memujuk hati...


Wednesday, May 8, 2013

corat coret bulan April... masuk bulan Mei sikit

Assalamualaikum... (^__^)v

Syukur alhamdulillah sebab masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi yang fana ini.

Bulan April adalah bulan yang agak busy buat saya.

Daftar masuk dan keluar akademi. Dua hari aje join kelas. Hadoi! (Belum ada rezeki agaknya...)

Daftar masuk dan keluar hospital. Adik saya yang bongsu. Bandar Tun Razak dan Bangi dah jadi rumah kedua masa tu. (Alhamdulillah... selesai juga akhirnya. Cuma ada beberapa susulan di Teluk Intan.)

Ulang alik Simpang Empat. Taklimat dan kursus SPR sempena pilihan raya. (Selesai juga...)

Apapun, saya sempat p jumpa baby kawan baik saya, Muslihah. Tahun lepas saya ada post pasal wedding dia. Klik sini dan sini kalau nak tau cerita kahwin beliau.

Nama baby beliau Nurul Iman Bt Mohd Syukri Adam. Lahir pada 14hb 4 dengan berat 3.3kg. Syukur bila kedua-duanya sihat.

Nurul Iman nyenyak tidur. Baru lepas mandi n menyusu...

Aunty pun mau tidur juga ka??? hehe

Kepada baby Iman, jadilah anak yang solehah. Jangan lupa minta adik tau! Hahaha

Sebelum pilihan raya, saya sempat juga pergi majlis perkahwinan kawan saya masa di upm dulu. Jumpa la juga kawan2 lain. Nasib baik kawasan tempat tinggal dia dekat dengan kawasan tempat tinggal saya walaupun saya di Perak dan dia di Selangor. (^__^)

pengantin sembang dengan pengapit dorg daaa...

wendy, aizrina dan za. rindu kat dorg!!~

pose istimewa dari pengantin dan pengapit.  =)

Kepada Zulia, selamat pengantin baru. Semoga dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah. Semoga berbahagia hingga ke jannah.

p/s: rindunya kat si dia!! tapi... dia belum tentu rindu kat saya. Haishhhhh...