Friday, November 30, 2012

C.I.N.T.A

Hukum Cinta berkata;
'Cinta tak mesti bersatu!'
Dan... aku tahu
Cinta ini bukan milikku





Cinta Sejati adalah
ketika dia mencintai orang lain dan kamu masih mampu tersenyum sambil berkata;
'Aku turut bahagia untukmu.'

p/s: kenapalah ada orang yang tak boleh nak terima benda ni??? hadoi... tolonglah jangan menyusahkan hidup orang lain!

Zamani SLAM - Kala Hujan


p/s: tetiba aje terkenang lagu ni... huhu

Thursday, November 22, 2012

Doa Pengasih Untuk Memikat

Assalamualaikum. Haa... ini ada perkara baik nak kongsi. Bukan apa... ini ada satu cara bagaimana untuk memikat hati suami atau kekasih atau lelaki yang kita hajati untuk menjadi suami kita. Saya dapat ni daripada blog http://serupomulo.blogspot.com.

Cara ini adalah menggunakan ayat Al-Quran dan akan mendapat keberkatan dalam memilih pasangan dengan kasih sayang yang suci dan berpanjangan. InsyaAllah.

Jangan sesekali menggunakan sihir atau apa jua yang berkaitan dengan menyekutukan Allah SWT. Akan celakalah hidup kita nanti.

Ini nak share ayat-ayatnya dan kaedah.

Firman Allah:


Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.


Firman Allah:


Maksudnya: (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari, serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku."

Kaedah

Setiap kali bertemu kekasih atau suami anda, bacalah kedua ayat ini.
Untuk mendapatkan hasil yang baik, selalulah membaca ayat ini di hadapannya. Tak perlu  baca kuat, cukup sekadar di dalam hati. Dihembuskan perlahan ke mukanya. Jika mahu dikasihi masyarakat, bolehlah diamalkan selepas solat sebanyak 3 kali.

Walaubagaimanapun, semuanya di atas izin Allah SWT. Semoga kalian mendapat jodoh idaman yang baik mengikut syariat Islam.

p/s: saya masih tak ada calon... huhuhu


Untuk Gaza

assalamualaikum. tak payah nak cerita banyak sebab semua orang tahu apa yang terjadi di Gaza. kita hanya melihat penderitaan itu dari jauh dan yang mampu kita lakukan adalah berdoa untuk saudara kita di sana. golongan laknatullah tu memang akan selamanya dilaknat. dan Allah telah berjanji, Islam akan menang juga nanti walau apa jua yang mereka lakukan kepada agama suci kita.

"...kita tak mampu mengangkat senjata untuk berperang di sana, tapi kita ada DOA dan ALLAH akan sentiasa mendengarnya..."

Wahai Tuhan kami,

Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin,
Ya Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat,
Ya Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x),
Ya Tuhan kami,
Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,
Ya Allah,
Ya Allah,
Ya Allah,
Ya Tuhan kami,
Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka.

Tuesday, November 20, 2012

bahulu comel

assalamualaikum. hye guys! ni nak kongsi satu resepi tradisional tapi dah diperbaharui sedikit. yang sebenarnya saya tak ada acuan untuk buat bahulu ni. jadi, inilah hasilnya.



ok, bahan2nya adalah:

3 biji telur ayam (saiz B tapi kalau telur ayam kampung, guna 4 biji erk.)
1 cawan gula pasir
1 cawan tepung gandum
sesudu esen vanila
kismis, gula urai, chocolate chip (sebagai hiasan)
mangkuk kertas mini

ringkas kan bahan2nya?! hehe

cara membuatnya:

1. Masukkan telur dan gula ke dalam mixer dan pukul sampai kembang. Kemudian, masukkan esen vanila.
2. Sedikit demi sedikit, masukkan tepung gandum sehingga habis dan pukul lagi sehingga sebati.
3. Susun mangkuk kertas mini di dalam tray pembakar. Kemudian, sudukan adunan tadi ke dalam mangkuk kertas mini sehingga setengah penuh.
4. Taburkan kismis, gula urai dan chocolate chip di atasnya.
5. Bakar di dalam oven 180 degree selama 10 minit.

senang kan?? haha ni lah dia resepi orang yang tak berapa rajin macam saya. (^__~)

selamat mencuba! tata~

p/s: ada kelapangan nanti, saya nak kongsi buat puding roti pulak.