Tuesday, April 8, 2014

So Long and enjoy, Abg Khairi!

Assalamualaikum. Hai!!~

PSH datang dan pergi. Staf pun macam tu gak! Huhu mula-mula Kak Intan... tak sempat nak buat majlis makan-makan untuk dia. Huhu Minggu lepas Abg Khairi. Haishhh... bila la giliran saya nak blah?? Haha

Sedih bila tengok PokNik sedih. Eh, lupa lak! PokNik ni kawan baik abg Khairi. Nampak laa dorang ni susah senang bersama. Sebab tu sedih bila tengok PokNik sedih. Abg Khairi dapat transfer ke Bangi, dekat dengan rumah dia.

Ok la... ini adegan yang berlaku pada Khamis minggu lepas, sebelum abg Khairi p ke tempat kerja baru!

jamuan dengan cereal coco crunch and susu... hehe

main game bejewel dalam henpon saya...

main course... nasi lemak ayam goreng!

saya tunjuk rajin..haha

saya lagi! 

yummyyy!!~

lapar..lapar..

PokNik dan Abg Khairi

hadiah untuk abg Khairi...
hampir terkantoi dengan big boss!! haha

discuss apa erk?? huhu

geng bilik fail... (pic snap by ikhsan)

geng jejaka bilik fail

macam PokNik lak yang nak pindah...haha

romantik tol la dorang ni!!! haha

selfie sat dengan fizah! (^_____^)v

game tabur bedak!! PokNik selamba tak perasan! haha
Kepada abg Khairi, selamat bertugas di tempat baru! Jangan lupa geng kat Cyber. Kalau free, singgah la Cyber. Kita lepak kat Shaftbury sambil karaoke. Haha

Selamat maju jaya! (^______^)v

p/s: ok. seksyen 7 BBB terbabit dengan catuan air!

Monday, April 7, 2014

Ada bezanya mengambil berat dengan busybody

Assalamualaikum. Update segera! Haha disebabkan tengah stress dengan seseorang di opis, maka saya terterbitlah entri ni. Huhu

Mengambil berat;

  • Memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa (Sumber)
  • Mengambil tahu akan seseorang, sesuatu perkara, atas niat baik dan tanda prihatin (LR, 2014)


Dan,

Busybody;

  • a person who is too interested in the private lives of other people (Sumber)


Bukan nak kata salah kalau kita busybody, ada baiknya...tapi jangan la sampai keterlaluan. Nak saya bagi contoh tak untuk membezakan dua situasi ni?? Haaa... ni contohnya.

A dan B kawan satu opis. Hubungan hanya setakat kawan sepejabat aje...tak pernah keluar sama atau share benda2 peribadi. Suatu hari, di waktu makan tengah hari, A yang baru lepas keluar makan bertemu dengan B yang sedang rehat lepak di dalam pejabat.

Situasi Mengambil Ambil

A: Eh, B! Dah makan dah? Kalau belum, nak aku temankan?
B: Eh, tak apa! Aku dah makan dah...

Situasi Busybody

A: Eh, B! Dah makan dah?
B: Dah makan dah...
A: Ko makan kat mana?
B: Dekat kedai mamak depan sana tuuu...
A: Oh, ko keluar dengan siapa? Dengan boyfriend erk? Boyfriend ko kerja mana? Ko makan apa? Siapa belanja...bla bla bla bla
B: (Rasa cam nak baling dengan kerusi aje!)


p/s: Ini pandangan saya. Kalau salah, sila perbetulkan sebab ni apa yang saya faham dan apa yang saya perhatikan... peace!

Thursday, April 3, 2014

Makaroni Goreng #bekal untuk berkelah

Assalamualaikum sayang2 sekalian!! Ahakss...dah buang tabiat sy ni..hehe

Ok. La ni nak share resipi makaroni goreng yang kami bawa masa berkelah minggu lepas. Sy dan along gigih masak pagi2..xde la pagi sangat. Hehe

Bahan-bahan
1/2 paket makaroni (direbus)
3 biji bawang merah - ditumbuk
2 biji bawang putih - ditumbuk
3 biji cili merah - ditumbuk
250g daging kisar (kami guna Ramli daging ayam kisar)
5 batang daun saderi
2 sudu besar serbuk perasa (kami guna serbuk pasti sedap)
6 sudu besar sos spageti cendawan (kami guna jenama prego)
1/2 cawan air
20 biji bebola ayam (digoreng dahulu)
minyak untuk menumis
garam sebagai perasa


cara-cara
1. Rebus makaroni sehingga masak. Tos dan ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang ditumbuk. Tumis sehingga garing dan kemudian masukkan daging kisar. Tumis sehingga masak.
3. Masukkan air dan kacau rata. Kemudian, masukkan sos spageti, serbuk perasa, dan daun saderi. Gaul rata dan perasakan dengan garam.
4. Biarkan ia mendidih dan kuah menjadi pekat. Masukkan bebola ayam dan makaroni. Kacau sehingga rata dan goreng seketika seperti menggoreng mee.
5. Setelah garing, angkat dan sedia untuk dihidangkan.

gambar dalam bekas bekal pun cantik gak. haha

Selamat mencuba! (^___^)v

p/s: rindunya kat dia. hehe

Monday, March 31, 2014

Lepak Di Morib

Assalamualaikum. Hi alls! Hehe

Semalam hari Ahad, dan saya lepak di Morib. Ambil angin laut untuk mengembalikan semangat yang hilang. Haishhh...

Kami pergi dengan satu kereta. Eh, lupa lak nak bagitahu! Saya ke Morib dengan Along, Usu, Shida, dan Lex. Uda datang dengan hubby dia after Asar. Sebenarnya aktiviti ni dirancang sebaik saja kami pulang dari Sungai Petani. Dahsyat tak?! haha dan plan asal kami adalah mahu ke Pulau Pinang!

Kenapa tak jadi p Penang?
1. Along tiba2 bagitau handphone dia rosak dan segala bajet utk lepak kat Penang terpaksa digunakan untuk membeli handphone baru.
2. Uda pula bagitahu tarikh yg kami pilih bertindan dengan majlis naik buai anak saudara dia yg dilangsungkan di Banting.
3. Sy dah tak ada bajet sbb belum gaji. Haha (alasan je...hahaha)

Kenapa kami sibuk sangat nak melepak?
1. Usu dah nak balik negeri asal dia, Sabah, sebab dapat kerja dekat sana.
2. Sy dah tak larat nak pandang bangunan batu disekeliling sy.
3. Sengaja.
4. Suka hati laaa... haha

Kami memilih Morib sebab dekat dengan Banting (tempat Uda hadiri kenduri). Senang nak kumpul adik beradik. Hehe tapi...kalau semua ada lagi best!! Huhu

Kami bawa bekal dan saya dengan along gigih masak macaroni goreng. Nak resipi? Tunggu entri akan datang. Hehe

Jom layan gambar! (^____^)v gambaq x ikot susunan. maleh nak adjust! haha


Dah la tinggi, berdiri lagi..haiya liana..haha


Uda dan along



sy jd background! hihi

pikiaq hal dunia...hmm...





bekalan makanan kami...

ayaq surut!!

selera depa makan..bukan sedap pun sy masak! hadoiii..


Ok. Sampai sini saja. Bye!!~

p/s: Haiii...bila la nak lepak Penang ni?? Huhu

p/s 2: Bila laaa nak dapat kerja lain ni?? Haha

Friday, March 21, 2014

Sekitar Majlis Walimah NFairuzH dan AdlieMatPut

Assalamualaikum. Hai semua!!~ Last week saya ke sungai petani, kedah. Makan kenduri! Best sbb kumpul adik beradik PCD. Oh, ya! yang kahwin ni adik kami yang ke lapan, Fairuz tapi kami panggil dia anje. Hehe

Kami bertolak malam (hari Jumaat malam Sabtu), dalam pukul 9.30malam dan sampai ke rumah anje pukul 2 pagi. Singgah rumah anje dulu sebab nak ambil kunci homestay.

Kenduri kat rumah anje sangat meriah. Al-maklumlah, anak perempuan tunggal. Lepas tu anak tauke kilang biskut Sheeda's Cookies. Siapa yang duk area SP, Bakar Arang, Butterworth, Seberang Jaya mesti kenal dengan brand ni. Sedap wooo... frozen foods pun best! Saya suka giler dengan murtabak raja. Sedap bangat!! Haha

Ok ok..bukan masa nak nak cerita pasal sheeda's cookies. Heee nak cerita pasal majlis perkahwinan anje yang sangat havoc dan grand! Hehe

Kami sampai rumah anje dalam pukul 12.15 tengah hari. Jumpa mama anje dan bersalam-salaman. Lepas tu p bergambar kat photo booth. Terkejut ni jumpa Adlie kat situ. Pakai tshirt jah. Rupanya nak ambil pengantin perempuan nak bawa ke tempat dia. Kira nak berarak dari rumah dia ke rumah anje la. Katanya bersanding pukul 1.30 petang. Kami pun p makan dulu.

L-R: shida, usu, alang, saya, along


pinjam misai dato k sat... haha

First round makan makanan kenduri. Pastu saya bangun lak, p ambil cendol ais krim. Bila p ambil cendol, nampak lak char kuey teow. Saya ambil lagi. Usu dan shida p ambil kambing golek. Pastu dari jauh saya nampak candy booth dah beroperasi. Saya pun apa lagi! Mengalahkan budak2! Haha sampai alang tegur.."dah la, yana..." memang makan sampai lebam!! Hihi lepas tu saya makan rojak buah dan cheese tart. Yummy! Bila alang makan ais krim malaysia, saya pun makan gak. Tapi tak boleh challenge alang laa... leh habiskan 3 batang ais krim malaysia dalam satu masa! Tahniahhh... haha

Belakang L-R: saya, uda, usu
Depan L-R: along, alang, shida

makan ais krim malaysia! yeayyyy..

hidangan kenduri..

Dah kenyang makan, kita orang tunggu dalam rumah lak sementara tunggu pengantin sampai. Lepas pengantin makan, kami ambil giliran bergambar. Nak kena balik petang tu jugak sebab masing2 ada hal. Tapi alang sempat ajak husband dia singgah jambatan kedua pulau pinang. Saya ada update dekat entri sebelum ni. Hehe

gambar atas dan bawah adalah ikhsan daripada mentari timur florist. terima kasih!!


kami adik beradik PCD.
gambar ni ditujukan khas buat angah, achik, dan ateh yang jauh di perantauan!
mcm syahdu kannn.. hehe

Kepada anje, selamat pengantin baru. Selamat menjalani hidup sebagai isteri. Jangan nakal2 tau... haha semoga berbahagia selalu. Gaduh2 tu biasa laa..adat dalam rumah tangga. Kalau ada sebarang kemusykilan, jangan segan2 beritahu kami...ateh ada sebagai pakar rumah tangga. Hehe

Kepada matput, selamat pengantin baru. Jaga our anje ni baik2 tau. Pelihara rumah tangga sebaiknya. Kami doakan yang terbaik buat kalian. oh ya! semoga ayah hang cepat sembuh. (^___^)v

Kepada anje dan matput, semoga berbahagia menjalani bahtera perkahwinan. Semoga dapat anak yang comel, cantik, lawa, kacak, soleh dan solehah. Tahun depan kami nak anak buah tau! haha

Ok lah. Sampai sini aje. Malas nak cerita lagi. Haha tengah sakit mulut ni. Panas dalam kot. Huhu tekak sakit.. hmm...

p/s: doakan saya dapat kerja lain erk. Huhu rasa macam dah tak.. hmm... huhu