Thursday, March 3, 2011

I am Number Four


Owh hari ni p tengok cter ni kat the mines... secara amnya, saya rasa best! untuk saya laaa... dan kawan2 yg pergi tengok pun kata cter ni best. (^__^)v

sebenarnya cter ni adalah dari adaptasi novel fiksyen dengan tajuk yang sama hasil karya Pittacus Lore [nama pena James Frey & Jobie Hughes. diterbitkan di US pada 3 Ogos 2010.


ini cover novel tu. =)

cter ni pasal 9 bayi [makhluk asing] telah dilarikan ke bumi dari Planet Lorien yang telah dimusnahkan oleh kaum Mogadorians (mogs). bayi ni seiras dengan manusia dan masing-masing ada pelindungnya. walaupun mereka semua ni bersembunyi kat bumi tapi kaum mogs ni still leh kesan dorg. Number One dah mati (mati kat Malaysia tu!!<---- bangga sekejap!)... Kemudian Number Two pulak mati (dibunuh kat England)... Number Three lak mati (kat Kenya)... kalau nak tahu lanjut, sila tengok kat wayang. memang seronok! scene lawak pun ada... hehe




ni poster cter ni...

owh ni ada trailer kepada sesiapa yang nak tau cter ni sekali imbas.


p/s: sedang sabar menantikan kehebatan Hikayat Merong Mahawangsa! mula terasa bangga pulak... huahaha

sekadar hiburan

salam. sejak dua menjak ni, saya suka layan video mamat ni kat YouTube. menarik dan kadang2 terselit nasihat dan ada mesej yang ingin disampaikan. matluthfi90 nama dia... ini di antara video yang dia ada... layan!!~


Wednesday, March 2, 2011

walaupun rupamu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi poojaan hatiku!


giler panjang title entri ni! malangnya, tak ada kaitan pun. hmm... sekarang ni tengah mood bersimpati. sangat simpati kepada si gadis yang sedang putus cinta. eh, bukan! lebih sesuai jika saya katakan, dia sedang berusaha untuk menjauhkan diri daripada si teruna itu. bukan salah mereka jika satu hari nanti mereka terpisah. dan tiada siapa perlu disalahkan... kerana semua itu adalah takdir. apa yang terjadi hanyalah sebagai punca. ya, semua tahu... Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukannya... apa yang berlaku semuanya ada hikmah. bak kata omputih, every cloud have a silver lining!<----ayat memujuk hati.




s: kenapa menjauhkan diri?
j: sebab mak bapak tak merestui hubungan yang dibina.

s: selama mana cinta itu bersemi?
j: lebih 3 tahun... susah senang dihadapi bersama.

s: selama ni, mak bapak tahu tak hubungan yang terjalin?
j: tahu... dan sepanjang hubungan ini berlangsung, mak bapak tak ada cakap apa-apa pulak.

s: maka, apa yang jadi punca mak bapak tak merestui?
j: sebab... si dia tak tampan dan kacak. itu sahaja...


aneh! rupanya masih ada yang memandang duniawi dalam kelompok kami. berkerut dahi saya apabila mendengar cerita si gadis. nampak sangat yang jiwanya meruntun hiba. dia menangis dalam hati. tak ada apa yang boleh saya cakap. hendak memujuk pun, idea tak ada... dengan dugaan yang menimpa dirinya bertalu-talu tanpa henti sejak dua menjak ni, saya hanya mampu berdoa agar dia tabah menghadapi semua cabaran.

si gadis, anda masih ada masa untuk membuktikan yang si teruna itu beragama, baik, benar-benar mencintai anda, dan yang penting, sikap peribadi seseorang insan itu bukan terletak pada wajahnya. walau bagaimanapun, jangan sampai anda membelakangkan makbapak anda. saya doakan anda tabah dan sabar menghadapi segala dugaan ini. banyakkan doa kepadaNya, ketika sujud dan selepas solat, agar dikuatkan hati dan dibukakan pintu hati mak bapak menerima si teruna tanpa ragu.

p/s: kalau gembira bercinta, pasti ada yang tak sempurna! sobsob...


SaBaR




p/s: kuatkan semangat! [belum pape lg dah gabra! hahaha]



Tuesday, March 1, 2011

kisah cinta



helo... salam gediks!! haha arini nak gediks [ada 's' sbb saya nak gedik banyak!] laaa... bosan dah bermuram durja walaupun fasa muram tu sepatutnya belum habis lagi. sekarang ni tengah dengar lagu hindustan... sbb tu ada mood gediks.







pagi2 dingin salju ni... teringat masa zaman cinta monyet dulu. dari mata turun ke hati! [giler!!] masa tu umur baru 16 tahun... giler x giler laa... zaman hingusan lagi dah pandai kapel2... huahaha







saya kenal dia atas satu function... mula2 saya x sedar langsung kehadiran dia walaupun dia duduk sebelah saya! hari kedua baru saya perasan kenapa dia asyik senyum pada saya walau di mana aje kami bertemu. cukuplah dengan senyuman sahaja... mampu membuatkan hati saya terbuka untuknya! [gelinyaaa... sila muntah kalu ada yg nak muntah!] saya pun tak tahu kenapa saya leh suka kat dia. mungkin sbb dia hensem kot... kalu hensem, ramai lagi yang hensem! entah laaa... manusia ni mmg pelik. termasuk saya! mungkin sbb sikap dia yg prihatin dan mengambil berat kot. entah laaa... xtau! huhu yang buat saya semakin suka pd dia adalah sanggup dia tunggu saya di tengah panas terik [sbb sy lmbt turun dari bas] sbb dia x mau saya tertinggal dan jalan sorg2 di tengah2 bandar! [zaman gedik cinta monyet, mmg la terasa semuanya romantik! haha]



bila masing2 balik ke sekolah, kisah kami berjalan dengan rahsia. tiada siapa yang tahu [agak malu jugak la kalu org tau, gangster sekolah ada kapel!]... selama bertahun bersama, tak pernah jumpa. dengan harapan, masing2 masih setia dan berpegang pada janji. namun... bak kata pepatah... 'ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari...' bila dia masuk U, dia semakin senyap. masa saya last sem duk U, baru saya tau punca dia senyap. hmm... xpe laaa... mungkin bukan rezeki kami... [seminggu jugak la berendam air mata! thanx to anje n eha...]



sekarang ni, after 3 tahun, saya mampu tersenyum melihat dia bahagia. dah x meleleh dah... dan sekarang, saya rasa saya nak jatuh cinta lagi! auuwww... haha dengan siapa? jeng jeng jeng...







walaupun terpaksa bersaing, saya nak jugak! haha abang acap, jom kapel!!~ \(^___^)/