Saturday, January 16, 2010

First Time

"Ini first time aku sampai OU," kata Shida apabila kami sampai di One Utama, Damansara.
Aku pulak balas, "Ini first time bawak kete p OU malam2. sebelum ni dedi je yang bawak. hehe..."
semalam, kitorg [aku, Shida, Tong, June] yg tidak semena-mena telah melontarkan diri ke Shah Alam. begini ceritanya... semalam, ktorg dikejutkan dgn kedatangan Papa B ke opis. mmg terkejut. tetiba rajin buat keje. haha mcm kelakar je... aku lak mula kembali menjadi P.A yg x terlatih. kuang3 ke sana ke sini... ulang alik opis-opis jabatan-opis timbalan dekan. lepas tu ktorg mula la masuk sorg2... bg laporan. dgn bdk2 undergrad skali masuk. hehe dah kuar tu, ktorg buat meja bulat. sembang sesama sendiri dan tiba2, june kuar statement.
"Yana, jom p MBSA." June pandang muka aku.
"Jom. bila?" aku tanya dia balik.
"Sekarang!"
"Jom!!!~"
"Aku serius ni, Yana," ujar June.
"Habis tu, ingat aku tengah main2 ke?"
start dari situ, aku call semua org yg leh sewakan kete. [xdpt guna kete sendiri sbb abg bw p keje dia kat UKM. cian lak nk bg dia naik moto je. huhu~] dpt call abg Joe... [biasa dgn dia...] mula2, dia nk bg kancil. hmm... ok je la...[aku x suka bw kancil sbnrnya... x best!!] pastu dia call lg, nk bg kenari lak. haaa...aku terus ok. hehe so, Tong n Shida siapkan surat. pastu, tong pulak tanya kat aku.
"Yana, tak apa ke ktorg mntk tolong ko ni? kesian pulak kat ko nak kena anta ktorg sedangkan bukan ko yg dapat maklumat."
"Alaa... tak apa. huhu aku lg suka ikut korg dari duduk opis dgn bos. haha..." giler jahat jawapan aku. diorg gelak aje.
yg buat aku marah adalah, abg yg nak anta kereta tu x anta2. sampai kul 3. geram tol. sebab janji dari sebelum pukul 12 lagi. bukannya first time aku sewa kete dgn dia. hadoi... macam2 aku sumpah seranah dia dalam hati walaupun aku tau benda tu x baik. ye la... takut termakan diri sendiri. huhu sebelum pukul 3, abg tu pun dtg. tu sebab ktorg desak+ugut. huhu
lepas tu, bermulalah pngembaraan ktorg. haha nasib baik ini bukan first time aku nak p shah alam dgn kete. cuma first time nak p MBSA je la. kawasan MBSA tu kat seksyen 14, tgh2 bandar. dekat dgn SACC mall. so, aku xde masalah la nak cari tempat tu. hehe [aku ni mmg... kalu tempat shopping tu tau je. huhu] smp kat sana dlm kul 4.10. [bertolak kul 3.30 dan sesak gler kat Kerinchi...] turun naik jbtn... tp jun je yg dpt maklumat. cian lak kat tong n shida. tp ok gak drpd xdpt pape... kul 5.30 ktorg lepak kat surau. after solat, ktorg bincang mcm mana nak abiskan masa smp kul 12 mlm sbb rugi je sewa kete 1/2 ari tp pulang awal. huhu pakat punya pakat, ktorg cdg nak p OU. sekali lg tong tny...
"Ko camne, Yana? ok x? cian ko... mesti penat kan?? dah la jam giler2 tadi... kete manual pulak tu.."
"Ok je... xde masalah. huhu..."
so, ktorg pun teruskan perjalanan. dalam kete asyik gelak je... mcm2 benda sembang. kui3 jln kat shah alam xde la sesak mana... dah masuk highway KL tu yg menjerut kaki aku. sesak sangat2... nk p PJ cukup menyeksakan. dr kul 6 sampai kul 8 ktorg kat atas jln raya dgn kete yg x gerak2... aku dok nyanyi mcm2 lagu. haha [lantak dorg dgr suara sumbang aku!!] siap bukak tingkap lak tu. sambung melalak. hehe siap senyum kat kete sebelah. mcm ni rupanya perasaan dorg yg terperangkap kat kesesakan lalu lintas. kesian... tp dorg dah biasa. aku je yg x biasa lg. huhu
kat OU, ktorg xde p mana2 pun... cari surau, food court, kedai sticky [kedai yg buat gula2 sendiri], MPH dan parking. huhu oh, ya! masa makan kat fc, ktorg bercerita pasal kisah paranormal. mula la kuar mcm2 versi. Shida cerita pasal hantu kat FBMK. nama hantu tu COMEL. huhu seram gak. dia suka duduk kat bus stop dpn FBMK. sgt merbahaya ni. huwaaaa!!!!~ kenapa nama dia COMEL? sebab dia xde muka. gadis yg tiada muka!!! hadoi... pastu Tong pulak tambah. ada makcik cleaner kat sana malam2... plez jgn tegur erk!!! huhu seram ni... ini first time aku dgr cter ni. FBMK n Sanggar Bahasa adalah tempat yg angker kat UPM erk. huhu sebab? sebab kat sana, kat belakang dua bangunan tu ada 3 perkuburan iaitu perkuburan Islam, Jerat Cina n Kubur India. sekian terima kasih!!!
on da way balik jalan ok. x sesak. cuma stuck sekejap kat depan Mid Valley sbb masa tu dah kul 10 lebih. smp UPM dlm kul 11 sbb bw kete mOoD makan angin. hehe kemas2 barang n anta tong n june balik kolej dulu. baru p anta kete balik kat belakang Minlon.
masa lalu depan FBMK [sebab tu je jalan nak balik kolej], aku pndng gak bus stop tu. bukan aku nak jumpa 'benda' tu tapi aku cuma nak tau apa yg dia nak sebenarnya??? sesungguhnya, syaitan itu memang akan sentiasa menyesatkan manusia. tapi syukur malam tadi... aku n shida merempit dgn selamat sbb ramai yg kuar malam td dan pak guard pun x kata apa. hehe kul 11.50 aku sampai bilik. hehe alhamdulillah xde pape...
p/s: aku cuba motivasi diri...
p/s 2: rindu kat kawan baik aku... dan aku p shah alam semalam tp x contact dia sbb aku tau dia bzi... aku pun!!!
p/s 3: jgn tegur!!!
p/s 4: ALLAH berkuasa sepenuhnya!!!~
p/s 5: maafkan aku jika semalam aku memandu dan membahayakan korg. cuba kejar masa utk smp dlm kul 4... nasib baik sempat dan maafkan aku jika aku terjerit kat korg sbb arahan korg berbeza dan last2 aku amik jalan aku sendiri.... sori!!!~

Friday, January 15, 2010

TakDe Cerita Tapi nak Cerita

'...mari-mari Tuan dengar ini cerita...' [lagu nyanyian Anita Sarawak]


betul, xde cter ni tapi rasa macam nak coret sesuatu kat blog. huhu
ada idea?


idea x kuar gak... huhu
p/s: tata!!!~
p/s 2: bila akan ku temui pengganti dirimu???
p/s 3: aku sangat merindui kawan baikku, Muslihah... apa cerita dia sekarang erk? dah kapel ke??? jgn la berahsia lagi...

Monday, January 11, 2010

:.SeLAMaT HaRi LaHiR KaK SiTi.:

assalamualaikum.... pagi isnin yang murni. ermm... bila aku bukak je blog aku ni, berbaris 'My Travel List' aku bercerita psl AJL 24 yg berlangsung mlm td. happening!! opening dia pun best!!! walaupun vokal Dato'CT mantap, tetapi, sesungguhnya yang original juga yg terbaik. hehe
kemenangan lagu Pergi ciptaan Pete teoh nampaknya memeranjat bukan sahaja aku n kak nani yg menonton malam td, tapi rasanya sekeliling membicarakannya. huhu pada aku, aku mmg x jangka Yuna menang. hua3 ramai lagi komposer yg menyajikan lagu terbaik mlm tadi. huhuhu walaubagaimanapun, tahniah kepada semua pemenang dan pendatang baru dlm seni muzik Malaysia...
alyah n misha omar meneruskan tradisi vokal mantap dorg. stacy pulak seperti biasa... stamina yg hebat. pengacaraan malam tadi sungguh sempoi n berkesan. penggabungan 3 pengacara berbakat seperti Ally, Cheryl, n Faizal mampu membuatkan penonton terhibur. cayalah buat diorg!!!!~
apapun, tomok tetap di hati. haha kalah mcm mana pun, Liana tetap bersama Tomok. tahniah kerana buat persembahan yang terbaik.
xnak cter pjg2... sudah la. setakat ni je...huhu
keputusan AJL 24
Juara
Lagu: Pergi
penyanyi: Aizat
Komposer: Pete Teoh
Lirik: Amran Omar
Naib Juara
Lagu: Dan sebenarnya...
Penyanyi: Yuna
Komposer: Yuna
Lirik: Yuna
Ketiga
Lagu: Bencinta
Penyanyi: Faizal Tahir
Komposer: Audi Mok
Lirik: Faizal Tahir
Persembahan terbaik
Aizat [Kau aku]
Vokal Terbaik
Black [Aku Cinta Sayang kamu]
p/s: hepi besday kak siti!!!!!!!!!!~ semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki... =)

Wednesday, January 6, 2010

aRGhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!~

wah!!!!!!!!!!!!!!! rasa cam nak menjerit je. sakitnya hati aku!!!!!!!!!!!!!!!!!! kenapa la aku berkawan balik dengan dia?????????? benciiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!! bila tengok muka dia n dia... rasa nak marah pun ada. x sukaaaa!!!!!!!




p/s: apasal aku ni kuat sgt beremosi sejak kebelakangan ni erk??? dah xleh nak timbang tara yg baik dah ni. hadoi...

p/s 2: gembira dan sedih bergabung jadi 1... kenapa aku ni?? sepanjang malam aku fikirkan benda ni. hadoi...

Monday, January 4, 2010