Friday, September 4, 2009

terasa hati...


assalamualaikum... aku xtau camne nak stat n aku rasa benda ni xde la besar sgt tp aku terasa hati sampai ke hari ni. huhu teruk tol emosi aku ni time bulan pose. huhu cerita kali ini bukan aku nak mengumpat or nak hentam dia habis-habisan. cuma aku terkilan. see?!! aku pun xtau knp aku nak terasa sangat sbb benda ni bukannya ada kena mengena dgn aku pun. hadoi...


ni cter pasal budak yg jd kawan baik aku masa aku kecik2 dan time skool rendah. dulu la... dia pernah jd kawan aku yg baik tp disebabkan satu kejadian yg menyayat hati... [hati dia la, bukan hati aku.] kami dah x kawan dah. hadoi... kejadian tu pd masa aku standard 6 n dia standard 5... [kira junior aku la ni...] masuk je form 1, aku mmg dah x tegur dia. dia pun jd segan dgn aku. sampailah sekarang... [ekceli pernah gak cntct dia dulu, masa aku final year] tp raya dia dtg gak umah. nsb bek abg aku ada, kalu x kompem aku suh dia balik je sbb aku xtau nak layan dia camne. kekok semacam. huhu


skrg dia studi kat nun jauh di hujung tanjung semenanjung Malaysia. x salah aku dia dah final year kot sekarang ni... huhu errmm... mula2 masuk U, aku tau dia ada kapel. [desas desus yg aku dgr dr kwn sekampung aku.] tp ntah ble clash aku pun xtau. aku malas nak amik tau dan apapun aku doakan dia bahagia walau apa dia buat, di mana dia berada.

-sekadar gambar hiasan-

ari tu aku bukak FS aku. saje la nak cek... lama x update. huhu kan dekat home FS tu dia akan paparkan segala bagai yg member2 buat kat dlmnya kan, so, dgn itu aku tau la dia skrg ni dah ada kapel balik... perasaan aku? time ni aku x terasa hati lagi. sbb buat apa nak terasa hati pulak. hal dia dan kami dah besar sekarang ni... tapi yg buat aku terasa hati ialah girl tu nama LIANA n nickname dia PRINCESS. [kebetulan ke?? aku mmg terkejut.] aku pun gatal p tny dia. mmg membuatkan aku btol2 terasa hati bila dia kata... "x salahkan?" ikhlas ke tidak dia dgn girl tu... tu yg buat aku kesal+terkilan+terasa hati=xleh nak luahkan rasa hati aku ni dah...
apapun, aku doakan dia bahagia dgn apa yang dia lakukan. aku tetap sayang kat dia... sayang sangat2 sbb kami membesar sama2 dan akhirnya jd macam ni. dia semakin menjarakkan diri dia pada aku. huhu sampai mama ckp... "bila korg nak baik ni? kalu duduk sama2, mcm xde org aje..." ntah la mama... x berani nak mulakan dulu sbb aku yg melukakan hatinya. kesian dia... dan sekarang, aku pulak dilukakan oleh org lain. fair n square kan hidup ni?! padan dengan muka aku. huh!!!
p/s: minggu ni aku x jadi balik umah. uwaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
p/s 2: LIANA n PRINCESS -it is my name n my nickname. sbb tu ada http://puterishaflynn.blogspot.com. hehe
p/s 3: semoga ada peluang untuk aku dan dia kembali berbaik semula... amin...
sekian, adios.

Thursday, September 3, 2009

ntahapapantah

assalamualaikum... ari ni dah masuk ari ke 13 umat Islam berpuasa. aku still lg memegang rekod bersih tanpa ponteng. haha ekceli, aku nak cter pasal semalam...
semalam... ntah menda ntah yg ktorg [aku n usu la...] buat. hehe semalam buka pose kat KFC the mines. hehe saje je nak ngabihkan duit. [cam la bnyk sgt duit...] sebenarnya xtau nak p buka katne. dah bosan dah duk p bazaar je... balik2 menda yg sama. huhu pastu, aku ckp je la... "jom p mines!!!" usu pun jd excited. dipendekkan cerita, ktorg sampai je blik terus letak beg. dalam kul 5.30 ptg ktorg pun bertolak p the mines dgn merempit. hikhikhik sesak gler kat depan komuter serdang. so, aku amik jln len p the mines. naik fly over pastu cilok2 kwsn perumahan n x lama kemudian, kami pun sampai. hehe
mula2 xtau nak p mana. last2 masuk giant dan usu p cari solek utk solek motor dia. pusing2 dan pusing, ktorg pun kuar dr giant dgn membeli sedikit brgn. hehe [kopak gak la duit...] dlm kul 6.30 ptg, ktorg pun terus p KFC. fuyoooo... xde org!!! haha ingatkan nak lmbt2 la bli makanan tp ble jarum jam jejak kul 7.00 jadi sesak kat KFC tu. ramai lak yg beratur p bli. ish, ktorg pun apa lagi. terus bgun n p beratur gak. menu yang aku amik ialah:
1. snack plate hot n spicy
2. pepsi large
3. nasi ayam
4. sup bebola ayam
5. dua bijik kurma [KFC bg free]
yummy... yummy... menu ni usu yg ajar. hehe dia pun amik menu ni gak. berbaloi la jugak sbb kenyang dan xde la mahal sangat. makan+gelak2+tengok gelagat org+mengumpat=kul 8.05 ktorg blah dr KFC. hehe
rancangan seterusnya, ktorg p karaoke. [bukan nak p terawih. ish2... aku ni!!!] mula2 amik enam lagu. aku x ingat susunan lagu yg ktorg 'sumbangkan' tp inilah lagunya erk...
1. memori berkasih-spin dan siti nordiana lagi...
2. tragedi oktober-awie
3. menghitung hari-kris dayanti
4. hati kama-siti nurhaliza dan noraniza idris
5. cinta-misha omar dan jaclyn victor
6. sedang ingin bercinta-kat dan riz
pastu aku nak pi topup lagu. aku p la kat kaunter. aku pun cakap kat abang tu... "abang, nak topup boleh?" pastu abang tu pun jawab... "kat sini xde topup la, dik." aku pun balas balik... " eh, bukan nak topup tu, sy nak topup lagu..." aku dah gelak2 dah... haha abang tu pun kata... "oh, boleh2..." hahahaha tapi abang tu bg ktorg blik baru sbb dah ada org booking blik yg ktorg guna. huhu sempat lagi ngadu kat abang tu yg microfon kat blik no.17 [blik 1st ktorg] rosak. hehe pastu dpt pun blik no 14. topup 4 lagu...
1. memori berkasih-spin dan siti nordiana [lagi...]
2. fantasia bula madu-search
3. jika-melly goeslaw dan arilasso
4. warkah berlagu pilu-felix
balik semalam dalam kul 9.30++. sepanjang jalan cam org gler asyik nyanyi je... hahaha sampai kolej dah nak dekat kul 10. balik, cuci baju+mandi+sidai baju=rehat...
the rest is history...
p/s: jgn beromen dlm bulan pose dan di tgh org ramai dan dlm blik karok erk...
p/s 2: nsb baik aku x sengal... hehe kalau la conversation aku dgn abg kaunter karaoke tu jd mcm ni... "abang, nak topup boleh?" pastu abang tu pun jawab... "kat sini xde topup la, dik." dan aku lak jwb... "xpe la bang..." memang sengal sbb komunikasi x berkesan. hahaha
p/s 3: aku xtau dah nak buat apa. wasalam...

Wednesday, September 2, 2009

SMS dari usu...

assalamualaikum... dan salam sejahtera.
perbualan aku dgn usu pagi tadi bikin gelak sendiri aje... mula2 dgn kenaikan pangkat Dr. Bakri dari menjawat jawatan ketua jabatan kepada timbalan dekan fakulti. pastu mula la merepek- repek... hahaha nasib badan la aku dgn usu...
+...ge mn td? sy dtg sn td...
-p ss. fotostat i.c. lupa lak td...
+hehe... xtgr lngsg *** td.huhu.xnk tgur. geram je.
-ala...xtgur pun xpe. x rugi papepun. huhu
+lm2 trbuka kot hati sy.bc metro.. hehe
apa kaitan dgn metro lak ni??? hahaha
bila pk balik, sampai ble mahu begini erk??? aku tau usu cepat sejuk tapi... pihak yg lg satu pulak camne??? hadoi... susah tol la... ape patut dilakukan erk???
p/s: congratssss dr.bakri... (^_^) leh belanja ktorg nti... hehe
p/s 2: aku dah penat nak jd menteri perpaduan. huhu nak resign la... ada sape2 nak take over x? plezzz... help me!!!!

statement usu... buat aku tersenyum!!

assalamualaikum....
semalam aku dtg keje gak walaupun masuk kul 2 lebih sbb aku baru tiba dr kampung. cuti merdeka yg agak melampau la. hahaha pastu, aku rasa bosan. aku bukak FB n buat mcm2 kuiz n kalu ada sape2 yg aku rasa nak chat, aku tegur dia. hikhik
so, semalam aku tegur usu. saje membuang masa yg tinggal 2 jam lebih2 tu. huhu biasak r... blue tuesday la katakan... [bukan blue monday ke?] ini sebahagian dr chatting kami. hehe
aku: mai la sini... bosan r...
usu: ish, xmo la. xmo g sana...
aku: ala... jom la. dia ok arini... bosan la...
usu: kalu dia melompat2 kegembiraan pun sy xkan pg sana. x nak pg sana...
time ni la buat aku senyum sendiri. haha xkan nak gelak kuat2, kan? kes naya lah tu. huhu apapun, cau cin cau. tata!!!!
p/s: selamat berpuasa di hari yg ke12.
p/s 2: aku cukup bosan dengan apa yang aku lalui sekarang ni... [-_-']

Tuesday, September 1, 2009

usu yang bengang... aku pun!!!

assalamualaikum... dan salam sejahtera.
alhamdulillah... dah sebelas ari umat Islam berpuasa. aku pun sebelas ari gak. blm ponteng lagi. hope2 ujung2 bulan la erk. hehe haaaa... berdasarkan tajuk yg tertera di atas, agak lewat aku meluahkan di dlm blog ni. kenapa? sbb kejadian ni berlaku pd minggu lepas. tp xde la lama sangat sbb best gak kalu kumpul bnyk2 pastu luahkan tp.... nak perap lama2 tu yg payah tu. hadoi... susah kan? elok x yah berkawan dgn org. huhu
bengang? ini bukan lagu Akin af7 erk. ni lagu yg berdondang sayang dalam hati jiwa nurani usu dan aku. usu bengang n aku kena tempias. hadoi... apa la nak jd dgn dunia ni... [eh, xleh salahkan dunia sbb dia akan sentiasa berputar tanpa jemu.] punca dan sebab?! perlu ke aku cerita? [kalu x sebut nama, bukan hukum mengumpatkan? hehe] ntah la... kalu aku, benda yg berlaku tu adalah benda kecil semata tapi diperbesarkan sbb saja nak nampak cam gempak. huhu cian kat usu sebenarnya... ada ke patut atas alasan yg logik, usu menjadi mangsa. satu ari tu, usu dtg jumpa aku... [masa dan lokasi terpaksa dirahsiakan demi menjaga nama dan hati pihak tertentu.] org yg menjadi punca tu ada dgn aku masa tu. so, bila usu dtg, tetiba A**** jd pendiam dan x bertegur langsung dengan usu sedangkan bukan x kenal, bukan x rapat malah berkawan bagai nak rak sebelum ni. dgn aku-aku sekali dia tak tegur. bila aku cakap... "bye..." sbb aku nak balik, dia terus x pandang apatah lagi nak balas ucapan aku. hadoi... kritikal betul masa tu. usu pun jadi pelik. pelik yg teramat sangat sbb kenapa x tegur. nak kt dia x dengar, aku x caya sbb dia x pakai earpiece pun. huhu apa nak buat ni? makin lama makin menyakitkan hati. aku ingat bulan pose ni aku nak ubah mind set aku supaya selalu berfikiran positif. tapi kalau jadi macam ni... aku pun jadi jahat balik la. ingat boleh la aku nak berubah. hmm.... yg aku boleh cakap, satu je. BIAQ PI LA SAMA DIA. huhu kejam ke? x kot... ini baru sikit. huhu
apapun, aku cuba lagi untuk meneruskan apa yg aku nak buat. yalah, nak buat apa lagi. berdoa? rasanya dah berkalam tapi... mungkin belum dimakbulkan kot sbb maybe aku x cukup ikhlas. huhu atau ada yg lebih baik untuk aku nanti. hehe sabar je la hati... akal akan sentiasa menemani.
adios, terima kasih.
p/s: selamat berbuka puasa...
p/s 2: aku nak tido. trimas...