Friday, August 4, 2017

Taman Negeri Pulau Sembilan #tajuktesismaster

Assalamualaikum. Hai... dah lama tak mengarang di sini. Rindu... Hahaha Sangat lama meninggalkan dunia penulisan blog sampai berhabuk dah blog ni. Mujur tak dimakan anai-anai. Hahaha

Sebelum ni memang busy. Sibuk nak habiskan penulisan tesis dalam tempoh beberapa bulan. Alhamdulillah... selesai sudah dan result akhir sem pun dah keluar. So tahun ni boleh konvo!

Ok! Saya bukan nak cerita pasal perjalanan saya menyiapkan master tapi saya nak cerita pasal kawasan kajian saya iaitu di Taman Negeri Pulau Sembilan.

Taman Negeri Pulau Sembilan pula berada dalam Mukim Bagan Datuk. Pulau Sembilan terletak sejauh 10 batu nautika dari Pulau Pangkor. Di sekitar Pulau Sembilan terdiri daripada 9 gugusan pulau kecil iaitu Pulau Agas, Pulau Payong, Pulau Nipis, Pulau Rumbia, Pulau Lalang, Pulau Saga, Pulau Buluh, Batu Putih dan Batu Hitam. Dahulunya, Pulau Sembilan ini di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Manjung. Namun setelah Bagan Datuk diisytiharkan sebagai sebuah daerah, pengurusan Pulau Sembilan beralih kepada pentadbiran baharu di Bagan Datuk. Hal ini diumumkan oleh Menteri Besar Perak pada 6 Ogos 2016. 

Pengiktirafan Pulau Sembilan sebagai taman negeri menarik perhatian ramai pelancong dari dalam dan luar negara untuk mengunjungi pulau tersebut. Ini kerana pulau tersebut mempunyai keunikan yang tersendiri. Selain kejernihan air dan lubuk kepada kaki pancing, pulau itu dikenali sebagai ‘blue tears’ di mana phytoplankton yang di bawa oleh ombak akan tertinggal di pasir pantai dan memberikan warna biru di gigi air ketika waktu malam.

 

Tapi sekarang, Taman Negeri ni dah ditutup oleh Kerajaan Negeri bermula 1 April tahun ni atas beberapa sebab antaranya berkaitan dengan ekosistem flora dan fauna di sana. Sampai sekarang belum ada dengar sebarang berita yang mengatakan pulau tersebut akan dibuka semula.

Jom lihat gambar yang saya ambil ketika berada di sana.

Jeti Sungai Burung

Dah sampaiii... mendung so view pun suram je



Tuan rumah sunburn hahaha

Big Boss teman p sampling
Pembangunan boleh dilaksanakan dan kesejahteraan alam sekitar juga perlu dititikberatkan. Jangan kerana mahukan keuntungan yang berlipat ganda, alam semula jadi dimusnahkan. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“tidaklah kami mengutusmu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekian alam”
(al-Anbiya: 107)

p/s: kalau rajin nanti nak update cerita lain. kalau rajin laaa...


No comments: