Saturday, March 7, 2015

Aktiviti 0103 dan 0603

Assalamualaikum... Halo!! Cerita hari ni adalah:

1. Melawat Hanannia (BabyBSAS) dan Farouq Al Hamzi (BabyPCD)

2. Lepak di The Mines jumpa Achik time lunch hour!

Awal bulan Mac hari tu, saya, along, dan Cikzue (BSAS) melakukan lawatan sambil bergosip di dua tempat di Selangor. Haha gigih betul ayat saya!

Bermula dengan Along dan Cikzue datang Bangi untuk menjemput saya. Hihi dari Bangi, terus ke Shah Alam, Batu 3, untuk ke rumah Hani, kawan baik Cikzue dan kawan kami semasa belajar di UPM. Dekat aje rumah Hani dengan traffic light Tol Batu 3 tapi disebabkan tiba-tiba line internet takdak, maka kesesatan kami sebentar kami sampai ke Bulatan yang telah kami ciptakan sejarah di situ. Haha apa yang berlaku?? Biar kami sahaja yang tau!

Dah lama tak jumpa Hani. Jumpa Hani last masa kenduri Angah PCD kat Putrajaya. Tu tahun 2011. Hmm... lama kan??

Last time jumpa Hani
L-R : Cikzue, Hani, along, Za

Bila dah jumpa, habis bukak kisah semua geng2 kami satu course! Rindu betul zaman belajar dulu. Yalah, zaman bersuka ria! Sekarang ni zaman penuh masalah dan tragedi! Hahaha




Pukul tiga lebih kot kami gerak dari Batu 3 untuk menuju ke Salak Tinggi pulak. Dahsyat kan?! Dari hulu ke hilir negeri Selangor! Oh, rumah seterusnya adalah rumah angah!

Angah selamat melahirkan baby boy yang kedua pada 24hb Februari. Alhamdulillah...

Tunggu gambar penuh dari mommy dia..hihi

Sampai sana aje, Fateh, anak sulung Angah terus peluk Mak Long dia (along), mengadu nasib sebab kononnya disingkirkan setelah mommy dia ada anak lain. Haha kelakar tengok telatah Fateh. Nasib baik tak meragam sebab kami semua asyik main dengan dia aje. Haha

Tengok... Fateh mengadu nasib dengan maklong dia..
hahahahahaha

Semalam, Achik ajak jumpa dekat The Mines. Achik turun dari Sarawak dengan family dia ke KL untuk membeli barang persiapan perkahwinan dia. Jumpa dekat The Mines sebab tu aje la kawasan yang boleh dikatakan in between antara kami. Yang lepak bersama saya, Alang, dan Uda. Dah berkumpul empat orang tu, mengalahkan meeting dengan menteri! Serius diskus pasal jodoh saya! Hahaha bertuah pulak rasanya sebab dorang semua sayangkan saya! huhuhu touching... wanna cry tauu!!

Serius kan??!

Isu : Jodoh saya! Hahaha dahsyat kan??!!

Yang best time jumpa semalam, saya dapat test drive kereta Uda! Haha thanks tauuu..

Nerves gak.. haha

Terima kasih pada alang sebab belanja lunch!

Terim kasih pada uda sebab bagi test drive kereta baru. Mmg advance la!

Terima kasih pada achik sebab jauh datang nak jumpa kita orang!

One day, we just not make a mini reunion of us, but big family of PCD. In shaa ALLAH. Doakan saya dikurniakan kekuatan, kesihatan yang baik, dan 'pembantu' untuk melaksanakan reunion kita nanti. Ameenn...

p/s: wehhhh... tak rindu saya ke?? Huwaaa

No comments: