Monday, May 20, 2013

Wanita dan Kehormatannya

Beberapa hari yang lepas, mak saya tetiba menimbulkan satu isu ini.

Mak: Kenapa ya sekarang ni mak tengok, perempuan sekarang ni macam terlalu mudah bergaul mesra dengan lelaki?

Saya: (Buat muka blur tak faham)

Mak: Yang mak tengok sekarang, yang makin menjadi-jadi bila dah jadi bini orang, laki orang. Bukanlah nak cakap kalau anak dara atau laki bujang tu baik pulak... memanglah tak elok kalau laki perempuan campur gaul mesra. Tapi kalau dia laki atau bini orang, lagilah tak elok!

Saya: (Mengangguk aje...)

Mak: Menjadi-jadi skandal zaman sekarang ni. Bila bekerja, ada masalah dalam rumahtangga, mula la cerita. Kalau kat kawan perempuan tu tak apalah jugak. Ini kalau nak share masalah pun dengan kawan lelaki. Suami orang pulak tu.

Saya: Mungkin sebab pengalaman kot...

Mak: Alasan aje tu. Mula-mula kongsi masalah, lepas tu rapat, mesra sampai boleh p date lagi. Pengalaman amendanya??! Tak malu ke? Tak takut ke?

Saya: (Diam lagi)

Mak: Nauzubillah... Cukuplah apa yang jadi dekat luar sana!

Saya: Apa yang jadi? Siapa yang ada skandal?

Mak: Ini haaa... mak baca kat dalam paper ni...

Saya: Laaa...

Kadang-kadang saya terfikir jugak pasal benda ni. Memang pernah nampak apa yang ditulis dalam akhbar. Memang pelik. Sudah tak tahu hukum kah? Sudah lupa tanggungjawab kah?

Wanita hanya perlu memenuhi 2 syarat untuk menjadi wanita Solehah iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami


Untuk syarat 1, rasanya semua tahu. Taat kepada Allah adalah melakukan apa yang disuruhNya dan meninggalkan segala laranganNya. Begitu juga kalau mahu taat kepada RasulNya.

Tapi, bagi syarat 2, Islam memerintahkan seorang isteri itu untuk menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya, antaranya mentaati suami. Isteri yang tidak taat pada suaminya bererti dia tidak menjaga hak suami dan perbuatannya itu boleh membawa kepada nusyuz.

Nusyuz bererti keluar dari ketaatan. Para ulama asy-Syafi‘eyah mentakrifkan nusyuz seorang isteri ialah keluar dari (melakukan) ketaatan yang wajib terhadap suaminya.

7 perkara yang menunjukkan nusyuz:


1. Keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya.

Apapun ianya dikecualikan jika isteri keluar berjumpa qadi untuk menuntut hak, mencari nafkah apabila suami tidak berkemampuan memberi nafkah kepadanya, meminta fatwa atau hukum jika sekiranya suaminya bukan seorang faqih dalam bidang agama.

Jika seorang isteri meminta izin untuk keluar rumah menziarahi kedua ibu bapanya atau ingin melihat jenazah ibu atau bapanya atau anaknya (yang tidak tinggal bersamanya), maka suami berhak untuk tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun dalam hal ini, adalah lebih utama jika suami mengizinkan isteri.

2. Enggan mengikut suami berpindah ke negeri lain tanpa ada keuzuran yang dibenarkan syarak, contohnya isteri sakit atau perjalanan menuju ke negeri tersebut tidak aman atau suami berpindah ke negeri yang ditimpa wabak.

3. Tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menegahnya daripada masuk ke dalam rumah atau bilik.

4. Tidak menyerahkan diri pada suami (ketika suami berhajat kepadanya) tanpa ada keuzuran seperti sakit. Setakat malas atau letih bukan alasan yang menasabah.

5. Tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan keperluannya.

6. Isteri mendakwa suaminya telah mentalaknya sedangkan dakwaan tersebut adalah palsu.

7. Isteri merahsiakan perhubungannya dengan lelaki lain, selalu chatting, telefon, dan hantar pesanan ringkas tanpa pengetahuan suami untuk berseronok-seronok dan menceritakan aib suaminya.

“Maka perempuan-perempuan yang solehah itu ialah yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana Allah telah menjaga (mereka) ”(Surah an-Nisa: 34)

“Hendaklah mereka (wanita yang beriman) menahan pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka mengenakan khumur dengan melabuhkan ke atas dadanya, dan janganlah dia menampakkan perhiasannya (aurat)... (kecuali kepada mahram mereka).” (Surah an-Nuur: 31)

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah radhiallahu ‘anha yang bermaksud : “Setiap perempuan yang mati dalam keadaan suaminya redha kepadanya, maka perempuan itu akan masuk syurga.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi )

Rasanya semua orang tahu, Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan; perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita yang solehah.

Sekian.

Rujukan:
http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/3605-ciri-ciri-wanita-solehah.html

http://nor89.blogspot.com/2012/02/jauhi-tujuh-perkara-boleh-menjadi.html

p/s: Mengambil ikhtibar... nauzubillah... jauhkan segala perkara yang buruk dari diri ini. Aminnnn~



3 comments:

akuiwana said...

simplenya baju pengantin!sweet sgt..tak mcm org lain..baju kadang2 dh mcm pokok krismas..huhu..salute la pengantin sederhana mcm ni..

akuiwana said...

eh kak long nk komen kat post kenduri tuu.salah klik ka??haha

Unknown said...

@akuiwana

hahahaha akak dah gelak guling-guling dah ni... hahahaha

tp akak pun salute gak dgn dorg. mmg sgt simple...xde sibuk nak berpelamin...baju mmg simple but nice...xde nak sibuk lapliplaplip dan boleh sapu lantai.haha tp bab makan mmg perfect. suka sgt dgn style kenduri dorg!~