Wednesday, April 24, 2013

Pizza yang simple

Assalamualaikum.

Kali nak kongsi camne nak buat pizza yang simple sebab saya ni seorang yang sangat pemalas! Hehehehe dah banyak kali buat dan kali ni nak kongsi kat sini. Saya bukanlah pandai sangat masak tapi kadang2 suka cuba buat yang bukan2. Huhuhu dan saya bakar tak guna oven pun. Malas nak keluarkan oven. Huhu malang sungguh sape2 yang jd husband saya. Hahaha

Bahan-bahan

4 Roti Gardenia Wholemeal (kalau nak guna roti tortila pun boleh)
Sos Spageti Prego kuah tomato
Daging kisar (guna daging burger pun boleh cuma potong kecil2)
3 Batang Sosej dipotong panjang dan nipis (ayam/lembu - ikut suka)
Mayonis - ikut suka
Keju Mozzarella - ikut suka
Sayur campur dingin beku (saya tak letak sbb buat untuk adik yg tak makan sayur)
Chilli flake (tak letak jugak sbb adik tak makan pedas)
Sesudu majerin untuk menggoreng

Cara-cara

1. Panaskan marjerin di atas kuali. Gorengkan sosej yang telah dipotong sehingga masak. Kemudian gorengkan daging. Angkat dan toskan minyaknya.
2. Celurkan sayur campur. Angkat dan toskan airnya.
3. Buangkan kerak roti dan kemudiannya leperkan dengan menggunakan rolling pin sampai mampat.
4. Sapukan sos prego di atas kepingan roti yang telah dileperkan.
5. Letakkan daging dan sosej di atas roti tersebut. Jangan lupa letak sekali sayur campur.
6. Letakkan mayonis dan taburkan keju mozzarella di atas roti yang sudah diletakkan daging dan sosej.
7. Panaskan kuali leper (kuali goreng roti canai). Guna api yang kecil. Jangan letak sebarang minyak. Kemudian letakkan roti yang telah siap diletak macam2 di atasnya. Tutup pizza (saya guna tudung pengukus. hehe)
8. Proses no 7 adalah untuk memastikan roti menjadi garing dan kejunya lebur. Bila dah cukup garing dan melting, bolehlah di angkat.
9. Taburkan chilli flakes untuk rasa yang pedas (Saya makan dengan sos cili aje). Hidangkan ketika minum petang. Untuk makan malam pun boleh jugak. Saya makan masa tengah syok tengok tv. (^__^)v

see, piza ni still atas kuali leper lagi! saya memang tak rajin... huhuhu


Sekian. Selamat mencuba!

p/s: banyak lagi resepi yang saya nak share... \(^_____^)/

p/s 2: abang cakap saya dah makin susut tapi rasanya berat makin bertambah ada laaaa... hadoi!


3 comments:

Khairahimo said...

peh.. lapo ni.. time tgk post ni, trus skrol bwh, dengan harapan ada gambo.. nyum! nak ckit!

L.R said...

@Khairahimo

hahaha mmg la lapo kalu kul 2.44am... =)

Khairahimo said...

hahaha.. ye.. patut tdo awl klo xnk kasi lpr kn..