Thursday, November 22, 2012

Doa Pengasih Untuk Memikat

Assalamualaikum. Haa... ini ada perkara baik nak kongsi. Bukan apa... ini ada satu cara bagaimana untuk memikat hati suami atau kekasih atau lelaki yang kita hajati untuk menjadi suami kita. Saya dapat ni daripada blog http://serupomulo.blogspot.com.

Cara ini adalah menggunakan ayat Al-Quran dan akan mendapat keberkatan dalam memilih pasangan dengan kasih sayang yang suci dan berpanjangan. InsyaAllah.

Jangan sesekali menggunakan sihir atau apa jua yang berkaitan dengan menyekutukan Allah SWT. Akan celakalah hidup kita nanti.

Ini nak share ayat-ayatnya dan kaedah.

Firman Allah:


Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.


Firman Allah:


Maksudnya: (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari, serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku."

Kaedah

Setiap kali bertemu kekasih atau suami anda, bacalah kedua ayat ini.
Untuk mendapatkan hasil yang baik, selalulah membaca ayat ini di hadapannya. Tak perlu  baca kuat, cukup sekadar di dalam hati. Dihembuskan perlahan ke mukanya. Jika mahu dikasihi masyarakat, bolehlah diamalkan selepas solat sebanyak 3 kali.

Walaubagaimanapun, semuanya di atas izin Allah SWT. Semoga kalian mendapat jodoh idaman yang baik mengikut syariat Islam.

p/s: saya masih tak ada calon... huhuhu


6 comments:

TheShida said...

samalah kita...xde calon...hahahaha

Unknown said...

@TheShida

haha nasib badan... rrezeki tu akan dtg nanti. insyaAllah... =)

Unknown said...

Kalau jarak jauh mcm mne ye.? Blh dihembuakan pada gambar ke?

Unknown said...

@Syira Zainal

kalu jarak jauh, susah la nak buat cmni. ada doanya..

kalu nak dia ingat kat kita, letak tangan kat dada sambil pejam mata, ucap mafiqalbighairullah..

setakat cmni aje la yg saya tau.. =) maaf la, ni bukan bidang saya..

Unknown said...

Setiap solat,sy amalkannya,Alhamdulillah,ramai gadis terpikat,,tapi sorang sahaja yg jadi pujaan..semoga kami dapat membina masjid..aamin

LUQMAN said...

Saya pun amal bang,tapi abg baca berapa kali tuh caranya