Tuesday, February 1, 2011

sebab kenapa patut bersyukur

MENGELUH... benda yg saya selalu buat. hmm... banyak sangat yang dikeluhkan dalam dunia ni. tapi... kalau minta bersyukur, mungkin sukar untuk dinyatakan. [saya la tuuu...] namun oleh kerana sikap manusia sendiri yang sentiasa merasa tidak puas dengan apa yang dimiliki, syukur itu jarang sekali diucapkan... hmm... ini di antara sebab-sebab kenapa patut bersyukur.

1. Masih mempunyai keluarga dan bukannya anak yatim piatu ataupun terbiar tanpa ada arah tuju.

2. Sihat dan tidak perlu bayar untuk bernafas. Semuanya percuma.

3. Tidak perlu tidur beralaskan bumi dan berbumbungkan langit.

4. Masih boleh mendengar muzik, mencium bau makanan yang sedap-sedap dan bergosip sampai puas.

5. Mempunyai kawan untuk diajak makan bersama. Ada kawan untuk dihubungi ketika saya bosan dan ada kawan untuk diajak berjalan-jalan di hujung minggu.

6. Berkesempatan untuk bersekolah. Biarpun penat mengulangkaji pelajaran dan menghadapi pelbagai peperiksaan, namun percayalah ramai orang yang mengimpikan untuk berada di tempat saya hari ini.

7. Saya masih mampu ketawa menonton filem komedi.

8. Menangis melihat sesuatu yang mengharukan biarpun tidak ada apa-apa hubungan dengan saya. Ini bermakna saya masih manusia yang mempunyai perasaan.

9. Masih berkesempatan dan mampu membeli hadiah untuk teman, keluarga, dan orang teristimewa.

10. Ingin menonton filem yang bagus?? Pergi sahaja ke panggung wayang. Ingin menonton konsert artis idola saya?? Pergi sahaja membeli tiket dan masuuk sahaja ke konsert. Hmm... nasib saya sangat baik kan??

11. Saya boleh membaca dan membayangkan beberapa banyak perkara dan ilmu yang saya dapat dari pembacaan saya.

12. Terasa ingin menikmati makanan Jepun, Itali, Cina, atau apa saja?? Saya hanya perlu pergi sahaja ke restoran yang menjualnya. Thanks to global trade...

13. Hidup di negara yang bebas perang.

14. Terima kasih untuk teknologi-teknologi canggih membuatkan hidup menjadi bertambah mudah. Hehe

15. Punya bakat tertentu?? Bersyukurlah kerana bukan semua mampu lakukan apa yang saya lakukan. =)

16. Saya bebas memakai apa sahaja mengikut citarasa dan keinginan saya. Dengan erti kata lain, saya mampu mengisi almari pakaian saya seperti yang diinginkan.

17. Di dunia ini tidak akan ada orang yang boleh menyerupai saya. Sekiranya saya anak kembar sekalipun, pasti ada bezanya. Jadi bersyukurlah dilahirkan unik dan tiada duanya.

18. Setiap kali saya punya kesempatan untuk melihat dunia lain, misalnya melancong ke negara atau negeri orang, akan dimanfaatkan sebaik-baiknya. Bukan semua orang boleh mendapat apa yang saya dapat.

19. Ketika saya mampu membuat orang lain ketawa, itulah perkara terbaik yang saya rasakan.

20. Saya masih hidup sehingga ke hari ini dan inilah alasan yang cukup kuat untuk buat saya bersyukur. (astaghfirullah... syukur alhamdulillah...)

p/s: dalam usaha memujuk hati sendiri... huhu

p/s 2: penat sudah nak senyum... (-_-')

9 comments:

amal said...

huhu kenapa yana darling gundah gulana? ada masalahkah? ce cite ce cite

Unknown said...

benda yg sama la cik wani ku syg... huhu masa depan! mcm2 hal... hmm... ok kot... xde la gundah gulana smp x lalu mamam. =)

thanx for caring... syg wani!!~

TheShida said...

betul...bersyukur~!
sebab semua org ada kelebihan.kelebihan yana ialah sentiasa riang tersenyum & suka bantu orang... i adore that! :)

Unknown said...

thanx cik shida... =)

tu la pasal... rasa asik x cukup je. asik pndg kelebihan org. huhu sepatutnya kne cermin diri dulu... bru nak jeles dgn kelebihan org lain. sgt2 insaf... (-_-)

epol said...

sy pon dlm golongan mengeluh..tapi jgn risau..semua tu ade hikmahnya..kita amek positif k..insyaallah Allah akan beri yang terbaik untuk kita :)

Unknown said...

yup.. skrg ni pun mmg sedang sabar menanti hikmah itu. insyaAllah... smuanya akan jadi lebih baik. amin!!~

amal said...

sokong shida one hundred peratus! yana suka tlong orang, bantu orang walau pun yana sendiri dalam kesusahan. Insyaallah, Allah akan tolong yana, balas jasa baik yana pada orang lain. masa depan memang kita tak nampak. tapi kita kenalah sentiasa berusaha untuk mencpai apa yang kita impikan. berusahalah yana and i will always be with you!!!! :D

Khairahimo said...

sy suka post ni.. kdg ada je bnda kte rse x ckup.. tp sbnrnya kte perlu bsyukur utk menampakkn bnda tu ckup.. ;)

Unknown said...

terima kasih kepada semua yang membantu saya... dari segi 'nampak' dan 'x nampak'. sayang semua!!!~